Sabtu, 21 Februari 2009

BIJAKSANA DAN BIJAKSINI

Sekarang ni kecoh pasal politik di Perak dan 2-3 hari kecoh juga di Selangor yang kononya perbuatan sipolan-sipolan untuk menjatuhkan kepimpinan negeri malah ada juga mengatakan ia perancangan bakal PM Malaysia yang ke6,apa pun yang bakal terjadi dan yang sudah terjadi kita sebagai rakyat hendak tak hendak terpaksa juga lah menerima segalanya yang ditentukan dan ditetapkan kerana setiap kejadian itu mengandungi hikmah yang perlu kita ungkai dan selongkar barulah nampak sebenar kejadian itu,jangan kita dok menganga sahaja menunggu apa lagi yang akan terjadi.


Dikatakan orang ramai bahawa memang ada bijaksana-bijaksana yang dikerah minda mereka untuk diguna pakai oleh pemimpin yang pendek akal agar segala perancangan berpihak kepada mereka maupun perancangan itu sebenarnya boleh menjatuhkan kedudukan mereka dalam politik,tapi itulah pro dan kontra yang selalu dia orang lakukan memandangkan semua orang sekarang ini dibawah tapak kaki pemimpin korupsi dan pemimpin ini juga akan disokong oleh puak-puak zionisme yang memang dari dahulu menguasai pemimpin politik ini kerana menggunakan pemimpin yang sedemikan sebenarnya mereka lebih berkuasa dari pemimpin politik itu sendiri malah hakikatnya puak-puak zionisme ini berada di seluruh dunia yang mengamalkan rasuah dan salahlaku.


Kesedaran yang telah mula menampakkan perkembangan yang begitu menonjol sekali bahawa kepercayaan kepada instituisi diraja telah di robek maka sekarang ini anggapan bahawa instituisi raja-raja ini perlu direformasi seluas-luasnya,maka kiranya ini terjadi alangkah ruginya pihak raja-raja ini kerana kesedaran rakyat yang selama ii di tutup pengetahuan mereka bahawa raja-raja ini serta kerabat mereka hidup diatas kebajikan rakyat sendiri akan kehilangan peruntukan kemewahan tanpa berusaha maka akan hilanglah pengaruh serta kuasa yang sebenarnya digunakkan untuk menjaga kepentingan politik ke BNatangan  Kerajaan yang memerintah sekarang ini.


Kejadian yang menimpa politik di Perak ini adalah ketentuan serta ketetapan yang di tunjukkan kepada kita supaya kita sedar bahawa kita sebenarnya telah jauh terpesong maka kita kena lah berusaha membetulkan kembali jalan-jalan yang betul untuk kita tempuh agar generasi akan datang dapat mengamalkannya sebaik mungkin dan sebagai panduan untuk semua pihak mengamalkannya malah diamalkan perbuatan seumpama ini barulah sistem itu dapat berjalan kembali kepada yang dahulu jauh dari pembohongan,rasuah,salahguna kuasa dan sebagainya.Apakah pandangan ini sekadar pandangan yang mungkin tidak akan berlaku itu semua kerja Allah yang maha mengetahui,maka apa pun pandangan kita yang kononya bijaksana dan ada juga yang bijaksini selagi bernamakan manusia kita masih lagi jauh dari ketetapan serta ketentuan ALLAH.

Merasakan umpamaan seperti yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran mungkin ini akan berlaku sedikit masa lagi insyaallah sekiranya memang itu sedang dirancang agar manusia sedikit lalai serta hilang tumpuan kepada keadaan sekeliling,apa pun pekerjaan ini memerlukan ketabahan,sabar serta tawakal malah akhirnya pertolongan dari ALLAH juga harus di harapkan kerana setiap perancangan manusia itu yang lebih baik adalah perancangan ALLAH juga jadi kita kena lah menjalani kehidupan ini tanpa menduakan nya malah segala yang bakal terjadi masih belum menampakkan jalannya . . . . . . . .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan