Muktahir ini bila kes yang sedang berlaku di Perak berkenaan politik sempit mainan BN,maka telah menampakkan siapa dalang sebenarnya mereka-mereka ini,tidak kira apa pun jawatan mereka yang pasti sikap-sikap mereka menampakan siapa sebenarnya mereka,dan sebagai rakyat yang memerhati serta mengikuti perkembangan dalam negara maka setiap individu juga menjadi perhatian semua pihak termasuk lah mereka yang berjawatan ulama besar seperti mufti dan sebagainya.Sepatutnya lagi tinggi jawatan seseorang itu maka besarlah tanggungjawab mereka,tapi apa yang kita nampak sekarang malah ia juga sering diamalkan oleh setiap individu yang berpangkat bila mereka berpangkat tinggi maka salahguna kuasa sering berlaku malah memijak kepala orang bawahan sering mereka lakukan tanpa sedar dan ia menjadi trend ikutan yang memualkan.
Sebenarnya apa yang ingin kita sampaikan dalam thread ini adalah untuk kita sama-sama menyedari bahawa ini lah masanya untuk kita menilai sikap seseorang itu,kini telah mula ramai mereka-mereka yang berjawatan tinggi serta dilantik memegang jawatan tertentu telah secara langsung lari daripada tanggungjawab sebenar mereka malah secara peribadinya mereka mengulas serta menunjukkan bahawa sikap sebenar dengan menyokong tindakan yang kurang bermoral dan telah banyak juga kita melihat sikap begini malah bukan menjadi satu kejutan kerana ia sebahagian dari petunjuk dari ALLAH S.W.T kepada kita untuk kita berhati-hati dilain kali memilih orang yang benar-benar boleh dipertanggungjawabkan.
Selagi mereka bertuankan WANG dan PANGKAT selagi itu sikap mereka kan terkeluar secara terang tanpa mereka sedari dan inilah yang sedang terjadi satu persatu yang kita boleh nampak sekarang baik dari pimpinan kerajaan maupun dari pembangkang kerana selagi bertuankan semua itu manusia tidak akan lari kemana dan ia akan berterusan menunjukkan betapa ALLAH itu MAHA MENGETAHUI DAN MAHA AGUNG.Adakalanya sikap mereka ini memalukan agama serta banga mereka sendiri malah mereka sanggup menipu rakyat kononnya jawatan yang mereka pegang adalah jawatan dunia akhirat. . . . . . . . .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan