Sabtu, 7 Februari 2009

NAK JADI HERO TAPI TERJADI ZERO

Perak negeri yang hangat diperkatakan sekarang,baik dimana sahaja semua orang akan memperkatakan mengenainya lebih-lebih lagi blogger tak henti-henti ada sahaja ceritanya termasuklah saya yang sebenarnya sakit hati serta sumpah seranah tak habis lagi dan sengaja panaskan minda ii dengan satu thread dari hero menjadi zero yang ditujukan kepada bakal PM kita Najissssss.Nampak segala yang terjadi di Perak memang sudah lama dirancang dan perancangan ini selalunya menggunakan mereka yang pandai membelit serta menipu dan selain dari itu banyak pihak terbabit untuk menjayakan usaha sang hero ini yang menjadi pengerusi UMNO Perak menggantikan si Tajol dan sememang nya kemasukan Nasaruddin sengaja dirancangkan agar PR akan leka dan dengan paksaan serta gaya culikan terhadap 2 mangkuk hayun dari PKR yang kononnya hilang beberapa hari serta sikap tamak oku dari DAP yang kononnya menjadi timbalan speaker tetapi merasa cemburu kerana semua exco PR mendapat kereta camry tetapi beliau dinafikan kenderaan tersebut telah keluar dari pakatan dan menjadi bebas tetapi mengaku sokong kepada BN.


Hari ini di Perak terdapat 2MB satu dari PR satu dari BN dan cuma exco PR sahaja yang masih lagi bekerja dan exco bagi BN masih belum dipilih kerana dengar khabarnya kesemua calon dari BN adalah kuat-kuat belaka kerana tiada yang nampak kotor semuanya adalah sebersih-bersihnya termasuklah 3adun yang mengaku bebas tapi tak bebas bersuara yang berkemungkinan akan dilantik menduduki kerusi exco yang mungkin paling tak lama di negeri Perak.Selepas pru12 ramai yang telah berjaya menjadi wakil rakyat serta ahli parlimen bagi mereka yang dari PR ini lah HERO yang baru muncul dan kemenangan mereka ini diraikan oleh rakyat yang telah memilih mereka serta pimpinan parti masing-masing dan begitu jugalah dengan 3 mangkuk hayun ini yang dahulunya diraikan serta dipuja-puja rupanya masa menjadi HERO cuma bertahan 10 bulan sahaja dan sejarah telah terjadi kini 3 adun mangkuk hayun ini telah menukarkan diri mereka menjadi ZERO dihati rakyat Perak malah pemimpin parti pun mencemuh mereka.


Dengan merampas Perak dari PR maka NAJISS akan merasakan beliau akan diraikan serta dipuji menjadi HERO pada BN dan pada tanggapan beliau apa yang telah dilakukan adalah mengikut perlembagaan negeri dan mengunakan kedudukan beliau sebagai bakal PM maka apa yang dibuat semuanya betul dan disokong oleh semua masyarakat tapi dengan menggunakan Sultan sehingga menimbulkan kebencian rakyat Perak kepada institusi diraja malah cemuhan seluruh negara terhadap Sultan kerana tidak mengendahkan harapan rakyat menjadikan isu ini semakin hangat dan bermula mimpi ngeri buat NAJISS kerana kerajaan PR sudah menfailkan saman kepada mahkamah berkenaan 3 adun mangkuk hayun dan cuma menunggu mahkamah bersidang dan nasib NAJISS serta pimpinan umno Perak di bawah beliau akan menerima tamparan sekiranya perletakan 3 adun ini diterima oleh mahkamah dan melayakkan pilihanraya kecil di 3 dun ini,malah sekarang pun NAJIS sudah kepanasan kerana siang malam orang mendoakan beliau untuk cepat. . . . . . . . . . .


Buat Nasaruddin adun Bota yang kononnya melompat dari BN ke PR selama 10 hari beliau dikatakan HERO dan selama itu jugalah kepura-puraan nya terserlah sehingga perancangan NAJISS berjalan dengan baik sekali dan kini sejarah telah berlaku dimana HERO ini juga telah menukarkan dirinya menjadi ZERO dan sekiranya PRU 13 masih adakah lagi orang mempercayai beliau mungkin orang bodoh lagi sombong sahaja yang memilih mangkuk hayun menjadi wakil mereka.Dengan perbuatan NAJISS ini sebenarnya menunjukkan bahawa inilah sikap beliau sebenarnya dan mahukan rakyat Malaysia di pimpin oleh orang-orang yang begini?


Tiada ulasan:

Catat Ulasan