Khamis, 5 Februari 2009

APABILA WANG MENGUASAI DIRI

Harta,pangkat,kemewahan adalah sebahagian dari keperluan dalam kehidupan manusia,dan sekiranya ia dicari dengan mengikut lunas-lunas yang betul maka rezeki yang Allah kurniakan itu adalah memang berkat tetapi berapa ramaikah orang-orang begini dikurniakan keberkatan seumpama ini baik mereka yang sempurna maupun mereka dikategorikan oku.Apa pun bukan tugas kita untuk menilai seseorang itu cuma sekiranya cara penipuan serta helah yang mereka amalkan maka mereka-mereka ini adalah orang-orang yang kalah kepada keduniaan sementara serta itulah sebenarnya perjuangan mereka sekiranya mereka ini pemimpin sesuatu parti atau kerajaan.


Manusia dengan duniawinya memang dan akan pasti berubah kerana kemewahan akan selalu melalaikan tetapi bukan kesemua kemewahan melalaikan malah ada juga mereka-mereka yang ditahap kemiskinan serta sederhana juga lalai dalam mengamalkan rukun islam serta imannya kerana berkerja bertungkus lumus mencari kesenangan buat keluarga.Wang memang perlu buat semua orang kerana melalui wang sahaja semua akan dapat dimiliki,malah harga diri pun boleh dibeli-beli.Umumnya kesemua ini sekiranya terjadi maka akan berlakunya gejala-gejala yang tidak sihat serta akan memudaratkan masyarakat kerana sikap tamak seseorang ini juga akan menyebabkan diri mereka serta keluarga mereka ini akan dicemuh oleh masyarakat malah keturunan mereka juga akan terbabit sama kerana sikap begini.


Kemewahan yang dicari dengan mengunakan jalan singkat baik yang memberi atau menerima lambat laun akan terima balasannya,apabila wang mula menguasai diri maka tamak menjadi teman kemana sahaja dan tamak adalah syaitan terbesar dalam diri setiap manusia dan sikap ini lah yang kita nampak selalu dan kebelakangan ini dengan sikap tamak serta wang boleh mengubah sikap seseorang yang kononnya berjuang  untuk menegakkan keadilan tetapi itulah manusia tidak kira sempurna malah berstatuskan oku pun manusia tidak lari bersikap begini,berapa lamakah mereka ini bisa bertahan kita lihatlah sejauh mana perjalan kehidupan mereka dan selalunya orang akan pijak kepala orang agar mereka dapat naik keatas,jadi haruskan kita membenarkan orang memijak kepala kita?Perjalanan kita masih panjang dan kita pun tak tahu apa yang akan terjadi kepada kita esok-esok hari. . . . . . .

Sekadar untuk renungan buat mereka-mereka:

 Ali 'Imran , Ayat 26,
. Katakanlah(wahai MUHAMMAD):"Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan,Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki,Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki.Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan,sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan