Yang nampak? apa yang nampak?memperkatakan isu di Perak amnya sebagai manusia yang berpandukan alquran dan sunnah kita amalkan rukun islam serta iman maka ambil lah episod terjadinya kegentingan di negeri Perak sebagai hukuman buat diri kita terutamanya pimpinan tertinggi PR serta ahli-ahli dan blogger network pakatan rakyat,apa yang terjadi ada hikmahnya dan kita kenalah terima hukum karma agar kisah begini dapat mengembalikan arah tujuan sebenar kita kerana dasarnya manusia ini merancang tetapi ALLAH yang tentukan dan bukalah mata hati kita semua agar dapat melihat disebalik apa yang terjadi.
Yang tak nampak atau masih belum lagi menampakkan karmanya adalah sikap manusia itu yang sukar menerima kebaikan serta pengajaran yang berteraskan alquran serta sunnah,mereka-mereka ini masih lagi bermimpi dan difantasikan bahawa semuanya indah belaka dengan sedikit ganjaran maka tinggallah jauh kebelakang rukun ALLAH.Mereka-mereka ini berajakan pangkat serta kemewahan dan mereka masih tidak nampak sebenar itu lah yang menjahanamkan mereka dan bagi mereka-mereka yang terbuka pintu hatinya ini lah yang telah mereka nampak dan sekiranya perubahan dapat dilakukan sebaik mungkin insyaallah sesuatu dapat diselamatkan dan bagi mereka yang masih tidak nampak sebenarnya mereka tergolong dalam golongan orang yang rugi. . . . . .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan