Jika SPR mengumumkan adanya pilihanraya kecil di bukit lanjan ini maka akan terdapatlah PRK di 3 Bukit di 3 Negeri dan bertambahlah episod BN melabur di setiap PRK ini,Bukit Gantang di Perak cuma berlainan wakil sebab ia akan memilih ahli Parlimen,sementara Bukit Selambau dan Bukit Lanjan adalah bagi DUN apa pun bakal terjadi bagi rakyat ini adalah masa untuk kita melihat sejauh mana pemimpin BN akan melakukan pekerjaan mereka,mungkin bagi Parlimen di Perak BN akan melantik mereka yang berprofil tinggi dalam BN,begitu jugalah di Kedah Bukit Selambau mungkin pengerusi umno Kedah akan diberikan tangungjawab tersebut,malah di Selangor kemungkinan ramai juga mengharapkan agar si Khir ini diberikan tanggungjawab jadi boleh lah di gunakan PRK ini sebagai tangga untuk di dipilih menjadi ketua pemuda umno tapi rasanya Umno Selangor tidak akan berani meletakkan si Khir ini kerana rakyat sudah tahu siapa sebenarnya si JAWA yang memalukan bangsa JAWA nya sendiri.
Inilah masanya untuk BN mengetahui sejauh mana mereka masih diterima oleh masyarakat dan ia juga menjadi medan PR untuk mempertahankan kemenangan yang dimiliki semasa PRU12 dan sekali gus membuktikan bahawa PR kini adalah pilihan rakyat dan dengan menjadikan 3 BUKIT ini sebagai BUKTI bahawa kebangkitan rakyat sudah melepasi usia tidurnya pimpinan UMNO selama lebih sedekat lalu dan telah meninggalkan kapal yang hampir karam di pukul karma dunia,bagi BN mereka perlu ingat bahawa 3 BUKIT 3BUKTI yang perlu mereka terima. . . . . . . . .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan