Jumaat, 27 Februari 2009

KERAjaan 3 SUKU

Baru sempat buka laptop,sambil update laptop layan sikit dalam blog pilihan,terbaca pula posting pasal 5 tol yang semalam dinaikkan oleh menteri yang berkenaan tapi pagi tadi ceritanya dia juga membatalkan kenaikan tersebut sehingga hujung tahun jangkanya,malah khabarnya orang ramai juga marah dan tak puas hati malah bagaikan terjaga paklah juga marah atas kenaikan ini kerana ia membebankan rakyat,kononnya ia perihatin sangat terhadap masalah yang akan dihadapi oleh rakyat yang mengunakan laluan tersebut.


Bagi aku bagus juga lah kenaikan 5% tol itu ditundakan tapi yang aku muskil sesangat ni apa ke halnya bila kabinet dah setuju nak naikkan kadar tol dan akan umumkan perkara ini dan menteri yang berkenaan diberi kuasa untuk laksanakan dan bila ia dijelasan maka nampak ada jurang yang jauh dalam sistem perhubungan antara menteri-menteri kabinet,kalaulah dah Paklah pun tak setuju buat masa ini mengapa si menteri yang berkenaan memandai melaksanakan,adakah ada lagi kuasa yang lebih besar dari menteri-menteri kabinet ini maka ikut suka sahaja untuk naikkan kadar tol,kiranya ini terjadi amat malanglah rakyat Malaysia yang telah ditipu oleh puak zionisme ini yang menggunakan kuasa WANG membeli pemimpin untuk berkuasa sebenarnya tanpa menggunakan kuasa politik. . . . . 


Janganlah nak memperbodohkan rakyat lagi,dunia semakin canggih maka kini rakyat sudah sedar dan sedia berubah maka janganlah halang perubahan itu malah tiada siapa yang boleh menghalang se,mua ini dari terjadi,kuasa yang rakyat beri seharusnya di kembalikan dengan sebaik mungkin biar rakyat merasa nikmat hidup penuh keadilan dan saksama,tapi sebabkan TAMAK maka semua ini terjadi dan cubaan untuk menutup segala salah laku sebenarnya telah membesarkan lagi masalah tersebut,jalan yang paling baik sekali mengaku serta bertanggungjawablah dan berani lah memikul apa juga hukuman yang sepatutnya diterima dan sekaligus membersihkan diri mereka itu,tapi bila dah banyak sangat kepala 3 suku dalam kerajaan maka semua ini akan mereka bawa ke mati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan