Isnin, 9 Februari 2009

PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI

Hari ini cerita yang mengejutkan ramai pihak salah satu nya dari negeri Perak dan satu lagi dari negeri Kedah dan terdahulu kita ucapkan takziah kepada ahli keluarga YB Haji RoslanShaharum Ahli Parlimen Bukit Gantang yang telah  kehilangan ketua keluarga mereka setelah Haji Roslan Shaharum meninggal dunia kerana serangan sakit jantung dan V.Arumugam exco Kedah yang dikatakan meletakkan jawatan beliau sebagai adun Bukit Selambau kerana tekanan yang di lakukan oleh BNatang terhadap beliau serta keluarga agar berpaling tadah ke BNatang.Walaupun cerita berbeza serta jauh antara satu sama lain tetapi yang paling penting adalah hikmah PULANG dan MEMULANGKAN. . . . . . . . .


PULANG nya Haji Roslan ke rahmatullah berakhirnya tugas beliau di dunia,maka insyaallah akan diadakan pilihan raya kecil sedikit masa lagi untuk mencari pengganti beliau dan saudara V.Arumugam telah MEMULANGKAN kuasa kembali kepada rakyat setelah beliau meletakkan jawatan adun serta exco kerana tekanan-tekanan dari pihak yang berhati BNatang dan insyaallah akan diadakan juga pilihan raya kecil bagi dun tersebut dan semua pilihan raya kecil ini sekarang TERPULANG kepada SPR menentukannya kerana khabarnya SPR sekarang bukan sahaja menjaga pilihan raya tetapi juga menjadi hakim buat BNatang tuan mereka.


PATAH TUMBUH HILANG PASTI BERGANTI,pepatah yang selalu kita dengar dan ucapkan kini pepatah itu sekali lagi menjelma agar dengan PRK ini dapat lah rakyat menterjemahkan apa yang terbuku dihati masing-masing semasa PRK dijalankan dan anggaplah bahawa setiap kejadian yang ALLAH tunjukkan adanya hikmah disebalik kejadian dan masih banyak lagi kejadaian yang ALLAH belum turunkan. . . . . . . . . . . . .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan