Semalam cuma dapat membaca beberapa topik yang buat sakit hati,tapi itulah hakikatnya sekarang ini bila berkuasa semuanya betul bagi meraka lakukan,satu persoalan kepada GERAK kenapa menjauhkan diri kalau benar pertubuhan itu satu NGO melawan isu rasuah malah tidak bersama-sama menyatakan kebimbangan mereka terhadap SPRM yang menjadi lembu ditarik hidungnya yang sepatutnya kredibiliti itu dijaga sebaik mungkin kerana itulah harapan anak bangsa akan datang untuk melihat negara ini jauh dari salahlaku rasuah,tapi bagaikan mulut tanpa gigi GERAK ini bila kena batang hidung kerabat tuan-tuan mereka terlopong mulut tak terkata diam membisu.AMK keadilan semalam juga telah mengadakan bantahan dengan mengadakan demonstrasi di Putrajaya malah GERAK langsung tak mengambil tahu dan buat-buat tak tahu ini lah akibatnya bertuankan WANG.
Apa pun bukan GERAK yang menjadi harapan,tapi sekadar mengingatkan mereka-mereka yang kononnya bekerja secara bebas kerajaan,apa pun peranan serta tanggungjawab maka bertanggungjawablah dengan peranan mereka kalau tidak buang masa sahaja kalau sekadar mencari nama,kini rakyat sudah sedar siapa yang harus disokong,bukan mangkuk-mangkuk hayun yang sekadar hidup dengan WANG RASUAH ada wang baru bergerak dan berbunyi,kerana banyak sangat kes-kes salahguna kuasa yang sepatutnya di berikan perhatian dan tindakan yang sewajarnya tapi hakikat yang kita nampak sekarang bila ada saja laporan terhadap PR maka laju sungguh mangkuk hayun ini bertindak tapi bila sejumlah lebih 50 kes dilaporkan untuk pimpinan umno dan bn maka bukti masuk tong sampah bukan sahaja GERAK yang dah TAK berGERAK yang menjaga rasuah pun tak layan. . . . . .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan