Rabu, 11 Februari 2009

BEKU MEMBEKU

Hari ini rasa seperti otak ini beku,seperti semuanya berjalan tanpa sedar,untuk menulis thread rasanya pun otak ini seperti dibekukan dan kemungkinan lepas balik dari rawatan dialisis mood untuk membaca serta meluahkan buah fikiran entah hilang kemana,tapi bila baca pasal polis bekukan ceramah di negeri Perak rasanya ingin gunakan thread ini sebagai buah fikiran untuk dikongsi dalam blog nyamuk ini dan boleh lah cairkan sikit otak-otak yang dah mula nak membeku.Ketua polis Negara khabarnya akan mengarahkan ketua polis Perak agar membekukan ceramah di negeri Perak agar segala masalah yang dihadapi oleh kerajaan disini akan dapat dikurangkan tekanannya dan terfikir lah pulak otak yang nak beku ini sekarang ni di sana siapa yang tertekan sebenarnya yang dirampas atau yang merampas ataupun yang benarkan rampasan ini berlaku(Sultanlah) sehinggakan rakyat nak berceramah pun kena beku,beku ini kalau istilah lainnya adalah gigil gila sebab tahap bekulah yang akan membuat orang mengigil dan siapa yang mengigil itu lah yang menjadi pertanyaan dalam otak yang beku ini. . . . . . . .


Orang cakap tak de kerja cari kerja ada kerja tapi beruk yang kerjakan patutlah jadi macam tu keadaannya,dahulu otak orang-orang kampung di Perak bukan sahaja orang kampung orang bandar pun sama gak bekunya tapi sudah 10 tahun cair dan dapat berfikir secara waras kembali maka bertukarlah kerajaan negeri Perak dari BN ke PR dan melayu mudah lupa itu mungkin lupa bagaimana kecohnya nak menubuhkan kerajaan negeri di Perak malah untuk melantik MB pun semacam ada masalah tapi melayu PR tetap mengingati bagaimana kepimpinan PR di layan sebegitu rupa dan dugaan tidak henti-henti mulai dari situ.Hari ini semua orang pasti masih lagi bercerita mengenai apa yang terjadi di Perak,tak perlu lagi untuk mengulas sikap keBNatangan mereka dan keBNatangan ini lah yang sebenarnya memporak-perandakan keadaan aman damai di Perak dengan mengkudakan Sultan,SPR,PRDM(POLIS RAJA DIMALAYSIA) agar perbuatan jahat mereka terlaksana.


Banyak sangat buat benda yang tak betul,rasuah dan salah guna kuasa maka ingatkan telah 50 tahun lebih menjadi kerajaan kononnya taraf fikiran telah mencapai tahap yang tinggi rupanya mereka ketulahan dimana pemikiran mereka seakan-akan dibekukan hasil doa orang ramai yang dizalami bukan sahaja mereka yang menjadi pimpinan BNatang tetapi mereka-mereka yang terlibat sama juga seperti SPR,PRDM dan yang bergelar S***** pun telah dibekukan otak mereka dan menjalani kehidupan seperti zombie yang dapat bergerak tapi tak dapat berfikir sama juga lah seperti BNatang di ZOO yang menunggu makanan sahaja untuk teruskan kehidupan.


Takut dengan kebangkitan rakyat yang marah malah instituisi istana pun juga turut merasai kehangatan marahnya rakyat Perak yang dirompak dan di rampas kerajaan PR nya maka segala otak-otak beku yang digerakkan dengan pangkat serta wang digunakan seluruhnya,akhbar harakah dan keadilan di rampas agar info dapat dibekukan kepada orang ramai dari mengetahui cerita yang sebenarnya dan  dengan membekukan ceramah serta aktiviti politik PR di Perak kononnya dapat menyelamatkan keadaan dari menjadi kucar-kacir dan hakikat yang ramai orang tahu BNatang lah yang sebenarnya menguncar ngacirkan keadaan aman di Perak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan