Selasa, 3 Februari 2009

MEMPOLITIKKAN BOLA

Semenjak tahun 1997 masa ekonomi gawat dan selepas berlakunya reformasi 1998 mutu bola sepak di negara ini jatuh dengan mendadak,sehinggakan peminat bolasepak negara ini lari meninggalkan sukan yang begitu popular diseluruh dunia dan tinggal lah sukan bolasepak di Malaysia seperti hidup segan mati tak mau dan telah banyak pihak FAM menjalankan perancangan demi perancangan serta perubahan demi perubahan agar kehidupan sukan bolasepak ini dapat di hidupkan semula biarpun kesudian pihak tertinggi agar adanya pertandingan jawatan pihak tertinggi(FAM) dan memastikan kepimpinan ini dapat mengubah tahap mutu bolasepak di Malaysia amnya yang nampak telah jauh ditinggalkan oleh negara-negara asia yang lainnya,malah ramai orang yang memperkatakan pasukan kebangsan ini jauh lebih rendah dari pasukan kelab-kelab dari negara asia.


Perubahan kepimpinan masih mengekalkan pimpinan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah sebagai Presiden dan menjadikan regu Khairi menantu paklah sebagai Tim.Presiden FAM maka kononnya perubahan bisa dan boleh berlaku dan yang lain-lain jawatan disandang oleh orang-orang tertentu sekadar menjaga kepentingan mereka-mereka sahaja.Hari ini semua sedia maklum bagaimana pasukan negara begitu lemah malah jauh ditinggalkan pasukan lain kebelakang dan dengan berbagai-bagai alasan demi alasan tetapi masih ditahap yang sama.Apa yang pasti sepatutnya FAM ini di pimpin oleh mereka-mereka yang menjadi sukan ini kehidupan serta permainan bola sebagai sukan yang boleh menjadi kerjaya yang berjaya disamping boleh mengangkat martabat negara ke arena yang lebih tinggi tapi yang ada dinegara kita ni mereka-mereka yang berkepentingan peribadi sahaja yang menjaga serta bisa menghabiskan peruntukan serta  tajaan yang diterima oleh badan ini dalam erti kata lain rasuah yang bermaharaja lela serta salahguna kuasa.


Orang luar yang sekadar membaca akhbar serta mendengar sahaja mungkin tidak tahu apa yang terjadi sebenarnya dalam pertubuhan sukan ini,tetapi bagi mereka-mereka yang telah dan masih ada maka segala masalah sebenarnya boleh dilihat serta dinilai bagaimananya pimpinan ini menggunakan kepentingan begini untuk menutup tembelang mereka yang sebenarnya tidak layak langsung duduk dalam pertubuhan ini tetapi sebab tiada nya keberanian serta reformasi yang betul-betul menyedarkan masyarakt sukan bolasepak negara ini maka kesemua ini diam menjadi tunggulkayu.Bagi mereka yang berkepentingan didalam sana berhentilah dengan sebaiknya janganlah yang berpoliti cuba menunjukan bahawa mereka ini pandai semuanya,yang berpengaruh janganlah mengunakan pengaruh sebegini untuk terus kekal didalam sana,biarkan mereka yang benar-benar tahu pasal bola sepak ini menjaga sukan ini kerana itu kehidupan mereka.


Yang lebih penting lagi janganlah mempolitikkan bola kerana sekiranya politik ini telah masuk dan merebak maka inilah yang kita lihat,virus salahguna kuasa serta rasuah sebenarnya menjatuhkan sukan dalam negara kita sendiri dan sekiranya mereka yang betul-betul layak berilah tangung jawab ini kepada mereka dan hentikan lah mempolitikkan bolasepak dinegara  kita ini kerana bukan semua orang dilahirkan boleh menjaga tetapi menyusahkan. . . . . . . . . .buat mereka untuk berfikir sekiranya orang politik ini menjaga bola orang bola nak jaga apa?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan